Nurshafika Suhaimi

SELAIN berbaju Melayu atau sepersalinan baju kurung di hari raya, kasut juga merupakan aksesori 'wajib' dibeli untuk melengkapkan penampilan Aidilfitri.

Bagaimanapun, rekaan dan keselesaan perlulah dititikberatkan terutama musim perayaan yang memerlukan banyak aktiviti kunjung mengunjung. 

Pilihan terbaik untuk raya anda semestinya jenama kasut terkenal di Malaysia, Bata yang menawarkan lebih daripada sekadar gaya. 

Sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi, Bata Malaysia melancarkan kempen 'Surprisingly Bata' untuk memenuhi gaya si pemakai di Aidilfitri selain memberi keselesaan.

Lebih menarik, Bata turut menampilkan dua duta selebriti terkenal, Aedy Ashraf dan Anna Jobling bagi memeriahkan lagi promosi raya tahun ini. 

Bata Red Label

Tahun ini, Bata mencipta perubahan positif menerusi Koleksi Baharu Bata Red Label- Memang Bergaya Memang Selesa yang menampilkan kasut raya baharu moden bagi menarik minat golongan generasi kini. 

Pelbagai koleksi eksklusif dan menawan ditampilkan untuk pilihan kasut wanita, lelaki dalam musim ini sesuai dipadankan dengan busana raya. 

Koleksi kasut raya wanita

Antara koleksi 'Bata Red Label' pilihan kasut wanita adalah kasut slip/sandal yang mudah dan selesa dipakai sepanjang hari.


Jika anda seorang yang sukakan penampilan lebih klasik, elegan dan bergaya, semestinya pilihan kasut jenis kasut bercorak lebih bertekstur sesuai buat anda.

Dengan rekaan yang dihiasi bersama butiran mewah seperti batu, gesper dan rantai pasti menyerlahkan lagi gaya si pemakai ketika Aidilfitri. 

Kasut jenis ini menawarkan tumit khas dalam pelbagai saiz iaitu pam, tumit platform dan ballerina. 

Selain itu, koleksi raya 'Bata Red Label' juga menampilkan warna pop yang terang khas buat mereka yang ingin tampil berani dan menyerlah. 

Warna merah jambu dan ungu yang terang menjadi 'trending' kini pasti menjadi rona pilihan ramai. 

Koleksi kasut raya lelaki

Signifikasi kasut raya lelaki pasti mempunyai elemen selesa, bergaya dan sempurna untuk aktiviti sepanjang raya. 

Bagi mereka yang sukakan penampilan santai, selesa dan praktikal, kasut loafer antara koleksi yang wajib dibeli.

Reka bentuknya yang klasik dan menarik sesuai dipadankan dengan sempurna bersama Baju Melayu atau Kurta. 


Pemakaian kasut kulit pasti membuatkan si pemakai tampil lebih kemas, tampan dan bergaya. 

Oleh itu, kasut kulit daripada 'Bata Red Label' pasti menjadi pilihan terbaik untuk lelaki yang mementingkan gaya serta keselesaan.

Si pemakai pastil tampil lebih bergaya apabila menggayakan kasut jenis ini bersama baju Melayu selain daripada acara formal.


Untuk yang memilih gaya kasual di Aidilfitri, 'Bata Red Label' turut menyediakan pilihan yang lebih santai dalam jenis sneakers. 

Sneaker merupakan pilihan paling popular tidak kira musim yang wajib ada kerana rekaannya ringkas dan memberi keselesaan yang maksimum. 

Padanan sneaker daripada 'Bata Red Label' bersama baju Melayu pasti membuatkan si pemakai selesa berjalan pulang ke kampung, kunjung-mengunjung dan berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga.

Bahkan, pasti lebih selesa berjalan memenuhi jemputan rumah terbuka yang tersayang. 

Menariknya, sebahagian kasut didatangkan dengan beberapa ciri termasuk LifeSole by Ortholite untuk memastikan 50 peratus lebih keselesaan selain membantu mengurangkan keletihan pada kaki. 

Kasut bergaya hari raya

Koleksi Baharu 'Bata Red Label' kali ini bukan sahaja memberi keselesaan luar biasa, bahkan tampak lebih bergaya dan menyerlah.

Untuk mendapatkan koleksi raya 'Bata Red Label'anda boleh berkunjung di semua gedung beli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian di Bata, Shopee dan Lazada

Klik sini untuk lihat katalog Koleksi Baharu Bata Red Label- Memang Bergaya Memang Selesa.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen serta promosi musim perayaan ini, layari https://www.bata.com.my/surprisingly-bata/

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2023 @ 5:21 PM