GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil haris


Kuala Lumpur: Padah buat tuntutan palsu berjumlah lebih RM1 juta pemilik syarikat ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an disyaki melakukan perbuatan itu menerusi beberapa invois yang mengandungi butir matan palsu, dua tahun lalu.

"Suspek membuat tuntutan kepada sebuah yayasan di Selangor bagi pembekalan produk kepada peserta yang berdaftar di bawah satu skim.

"Perbuatan berkenaan dipercayai dilakukan suspek sekitar tahun 2022 sedangkan perkhidmatan pembekalan berkenaan tidak dilaksanakan oleh syarikat suspek,"katanya hari ini.

Sumber berkata, suspek ditahan, 10 malam semalam selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

Katanya, suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 5 Mac bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 4:53 PM