GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pesara kerajaan selepas dipercayai mengemukakan dua invois palsu berjumlah RM36,000, hari ini.

Dua invois yang mempunyai butiran matan palsu itu dilaporkan diserahkan kepada sebuah pejabat daerah pada 2019.

Sumber berkata, lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai mengemukakan invois berhubung pembekalan makanan dan minuman kepada petugas sebuah kompleks sukan sempena Sukan SAGA IX Keningau mulai 5 hingga 13 Disember 2019 sedangkan pembekalan itu tidak dibuat.

Katanya, suspek ditahan di pejabat SPRM Sabah Cawangan Keningau, kira-kira 10 pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dituduh di

Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 2:22 PM