RAGHAD menunggu kehadiran orang ramai dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir. FOTO Nadim Bokhari
RAGHAD menunggu kehadiran orang ramai dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir. FOTO Nadim Bokhari
Mohd Roji Kawi


Kuching: Ribuan rakyat Sarawak pelbagai lapisan masyarakat mengunjung Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

Jenazah Abdul Taib tiba di Atrium, DUN Sarawak, 7.50 pagi tadi, diiringi isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Turut mengiringi, empat anaknya, Jamilah Hamidah Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib dan Datuk Hanifah Hajar Taib serta ahli keluarganya lain.

Orang ramai mula berkumpul di perkarangan kompleks DUN itu seawal jam 8 pagi manakala pemimpin negeri dan Persekutuan tiba bermula jam 9 pagi.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg tiba 9.25 pagi, diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Pemimpin negeri lain yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah tiga Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

Selain itu, turut kelihatan Menteri Kabinet Persekutuan antaranya Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang.

Selepas penghormatan terakhir di kompleks DUN, jenazah dibawa ke Masjid Demak Jaya pada 11.30 pagi.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berada di Masjid Demak Jaya bagi memberi penghormatan terakhir kepada Bapa Pemodenan Sarawak itu.

Selain itu, 12 laras meriam diletakkan sepanjang jalan dari DUN ke Masjid Demak dengan sebanyak 87 das tembakan meriam dilepaskan oleh Rejimen Ke-8 Artileri Diraja.


Raghad luah kesedihan pemergian Abdul Taib

Legasi Abdul Taib akan diteruskan - Premier Sarawak

Abdul Taib, arkitek pemodenan Sarawak - Annuar Musa

Taib Mahmud pemimpin progresif, dinamik - Ahmad Zahid

Ibu Pertiwi dikibar separuh tiang

Sarawak isytihar berkabung dua hari

'Saya kehilangan guru politik' - Nancy Shukri

Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Taib Mahmud - Fahmi

Pemergian Tun Abdul Taib satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara - TPM

Perginya Bapa Pemodenan Sarawak

Tun Abdul Taib meninggal dunia


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2024 @ 12:11 PM