Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengadakan Operasi Khas Motosikal sempena Bulan Perayaan Tahun 2024. FOTO IHSAN JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengadakan Operasi Khas Motosikal sempena Bulan Perayaan Tahun 2024. FOTO IHSAN JPJ
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menyita sebuah kereta Ferrari kerana didapati mempamerkan nombor pendaftaran milik kenderaan lain dalam Operasi Khas Motosikal, di sini, kelmarin.

Ini berikutan kenderaan mewah itu dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, sebanyak 169 kenderaan diambil tindakan dengan 420 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menurutnya, pihaknya turut menyita 22 kereta termasuk motosikal yang melakukan kesalahan antaranya lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu, tiada lesen GDL dan lain-lain.

"Saya mengingatkan pengguna kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya demi memastikan keselamatan pengguna lain sepanjang musim perayaan ini," katanya.

Katanya, operasi berkenaan diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Pahang, Rohaizad Jamil bersama 45 pegawai dan anggota.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2024 @ 12:50 PM