PayLater oleh Grab membolehkan pengguna membeli barangan dengan cara yang lebih telus, dan selamat. - FOTO Grab
PayLater oleh Grab membolehkan pengguna membeli barangan dengan cara yang lebih telus, dan selamat. - FOTO Grab
Nurshafika Suhaimi

SEJAK bermulanya pandemik Covid-19 pelbagai langkah kawalan pergerakan diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Kebanyakan pengguna menggunakan platform dalam talian untuk membeli barang dan keperluan harian mereka.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan perubahan tabiat membeli-belah dalam talian akan berterusan walaupun selepas pandemik.

Didorong oleh impak ekonomi dihadapi oleh Malaysia, kita melihat peningkatan minat terhadap pilihan pembayaran Beli Sekarang, Bayar Kemudian atau Buy Now Pay Later (BNPL) yang memberi pengguna kaedah alternatif untuk menguruskan perbelanjaan mereka.

Trend penggunaan BNPL sebagai salah satu pilihan pembayaran semakin luas ditawarkan oleh peniaga dan platform dalam talian di seluruh dunia.

Di Malaysia, pilihan BNPL mula ditawar oleh industri peruncitan berbeza seperti fesyen, pelancongan, elektronik dan peranti sebagai kaedah pembayaran alternatif tanpa faedah. 

Namun kewujudan perkhidmatan BNPL ini menimbulkan kebimbangan, apabila ramai pengguna mungkin terjebak dalam perangkap hutang yang baru untuk jangka panjang.

Oleh itu, apabila membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan BNPL, pengguna perlu merancang pembelian dan menilai barangan yang ingin dibeli sama ada ia keperluan atau kehendak dan berbelanja dengan bijak mengikut pilihan serta bajet mereka.

Mereka juga perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai perbezaan dalam kalangan pilihan BNPL yang ada dan membuat keputusan yang manakah paling sesuai dengan keadaan kewangan masing-masing.

Apa itu PayLater?

PayLater oleh Grab ialah pilihan pembayaran terkini yang membolehkan pengguna yang layak untuk kemudahan ini membeli dan menyelesaikan pembelian mereka dalam dua kaedah pembayaran bagi membolehkan pengurusan aliran tunai mereka.

Pengguna mempunyai dua pilihan pembayaran yang lebih fleksibel iaitu bayar secara ansuran atau bayar pada bulan depan.

Jika pengguna memilih membayar secara ansuran, mereka dibenarkan membayar  secara ansuran selama empat bulan.

Manakala jika pengguna memilih membayar untuk membayar pada bulan depan, mereka boleh terus menggabungkan semua perbelanjaan dalam satu bil dan membayar pada bulan yang seterusnya.

Sebagai contoh, daripada membayar RM2,000 untuk peranti elektronik, pembeli sebaliknya boleh membahagikan bil kepada empat bulan bayaran ansuran tanpa faedah.

 Kenapa pilih PayLater?

  1. Tanpa caj faedah dan tiada caj tambahan apabila anda membayar tepat pada masanya.
  2. Disertakan dengan pelbagai ciri seperti penolakan bil secara automatik, bagi membantu menguruskan semua perbelanjaan anda.
  3. Boleh juga digunakan untuk perbelanjaan Grab lain dan menggabungkan perbelanjaan bulanan dalam satu bil dan bayar pada bulan seterusnya.
  4. Tiada kos pendahuluan.

Fungsi PayLater

ImageGambarajah menunjukkan bagaimana PayLater berfungsi untuk pembelian dalam talian. - FOTO Grab

Langkah pertama, pembeli boleh memilih PayLater semasa membuat bayaran kepada peniaga dan pihak Grab akan membayar harga barang berkenaan kepada peniaga terlebih dahulu.

Seterusnya pembeli akan membayar satu perempat daripada bil berkenaan kepada Grab ketika membuat pembelian dan bakinya secara ansuran.

Akhir sekali, pembeli akan terus mendapat barangan tersebut walaupun tanpa pembayaran penuh dengan PayLater ini. Mudah kan?

Oleh itu, menerusi PayLater, pengguna boleh membeli barangan yang mereka perlukan dan kehendaki seperti peranti elektronik, pakaian, susu formula bayi dan peralatan dapur dengan cara lebih telus.

Bukan itu sahaja, cara ini juga boleh mengelakkan sebarang risiko penipuan membabitkan urus niaga.

Antara langkah yang diambil oleh Grab bagi membantu melindungi dompet pengguna ialah menerusi penggunaan kod pin enam digit.

Penggunaan sistem keselamatan digunakan oleh Grab diiktiraf global serta mempunyai perkakasan pengesanan penipuan yang memenangi pelbagai anugerah.

Malah, ia turut disokong oleh pasukan keselamatan dan pencegah penipuan milik mereka sendiri yang menggunakan proses serta algoritma yang mantap bagi mengekang penipuan.

Grab juga mewujudkan satu pusat keselamatan di dalam aplikasi bagi mendidik dan memberikan maklumat terkini kepada pengguna mengenai bagaimana dompet dan maklumat peribadi mereka dilindungi.

ImageDengan PayLater oleh Grab, para pengguna boleh merancang aliran tunai bulanan mereka. - FOTO Grab

Adakah BNPL sesuai untuk semua?

Ia terpulang kepada hak individu kerana menggunakan BNPL adalah atas risiko sendiri dan perlu menggunakan pertimbangan apabila menggunakannya. 

Antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat sebarang pembelian ialah berfikir secara rasional sebelum membuat pembelian.

Segala pelan pembayaran yang dilakukan haruslah sesuai mengikut bajet bulanan anda supaya tidak terbeban dalam jangka masa panjang. 

BNPL boleh membantu anda membeli sofa yang anda inginkan, tetapi adalah penting membuat keputusan mengikut bajet bulanan walaupun dengan BNPL. 

Secara ringkasnya, perkhidmatan BNPL seperti PayLater boleh dianggap sebagai alat pengurusan bajet untuk mengurangkan jumlah liabiliti!

Sebagai kesimpulan, perkhidmatan BNPL tidaklah seburuk disangka, terutama sekali apabila kita memahami apakah pilihan yang ada dan bagaimana ia boleh disesuaikan mengikut gaya hidup kita.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai PayLater oleh Grab, sila kunjungi https://www.grab.com/my/finance/pay-later/

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Jun 2021 @ 3:21 PM