ANTARA barangan dan peralatan disita DBKL dalam tindakan khas pindah halangan (sitaan) terhadap penjaja warga asing sekitar pusat Bandar Utara dan Taman Batu View, di sini, semalam. FOTO IHSAN DBKL
ANTARA barangan dan peralatan disita DBKL dalam tindakan khas pindah halangan (sitaan) terhadap penjaja warga asing sekitar pusat Bandar Utara dan Taman Batu View, di sini, semalam. FOTO IHSAN DBKL
Suharmin Yusuf


Kuala Lumpur: Penjaja warga asing jelas degil apabila terus menjadikan tempat awam seperti 'pasar borong' di sekitar Bandar Utara dan Taman Baru View di sini.

Keadaan itu memaksa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menyita pelbagai barangan milik penjaja asing terbabit semalam.

DBKL dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, menerusi tindakan khas itu, 10 tindakan sita dan pindah barangan dilakukan terhadap barangan dan peralatan penjaja warga asing mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

"Antara barangan yang disita termasuk payung lipat, sayur-sayuran, ikan, ayam hidup dan lain-lain," katanya.

DBKL memaklumkan, barangan dan peralatan sitaan akan dihantar ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2024 @ 12:09 PM