ANTARA warga asing yang ditahan dalam operasi di tiga lokasi. FOTO ihsan Jabatan Imigresen
ANTARA warga asing yang ditahan dalam operasi di tiga lokasi. FOTO ihsan Jabatan Imigresen
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

[email protected].m

Kuala Lumpur: Hantar pesanan terus ke pintu rumah atau bilik hotel. Itu dilakukan sindiket pelacuran warga asing yang beroperasi di ibu kota.

Sindiket dipercayai didalangi warga tempatan akan mempromosi pelacur warga asing dari Indonesia, Thailand dan Vietnam melalui apliksi Telegram dan Whatsapp.

Pelanggan yang membuat pesanan akan akan menerima tempahan yang dihantar 'transporter.'

Bagaimanapun kegiatan itu dibongkar Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dalam operasi di tiga loksi berasingan, kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jefri Embok Taha berkata, operasi bermula pada 8 malam itu menahan 32 wanita warga Indonesia, 13 warga Thailand dan tiga warga Vietnam.

"Operasi turut menahan lelaki warga Afghanistan dan lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai sebagai 'transporter' dan dua lelaki warga tempatan sebagai penjaga premis berusia

"Jumlah keseluruhan yang ditahan ialah sebanyak 52 individu berusia 18 hingga 36 tahun,"katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jefri berkata, hasil semakan awal mendapati lapan wanita Thailan yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) yang masih sahlaku, manakala warganegara asing yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

"Pasukan operasi merampas sejumlah kondom, peralatan seks, lapan pasport Thailand, wang tunai sebanyak RM300, tuala, peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan sebuah kenderaan Perodua Axia.

"Modus operandi sindiket ini adalah melakukan promosi wanita warganegara asing dengan menggunakan foto-foto mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Wanita warganegara asing yang dipilih akan diuruskan penghantarannya ke hotel atau tempat yang dikehendaki pelanggan melalui setiap pesanan melalui seorang lelaki warganegara Malaysia yang berperanan sebagai transporter," katanya.

Menurutnya, sindiket berkenaan mengenakan bayaran ke atas pelanggan antara RM400 hingga RM1,200 mengikut pakej yang disediakan oleh sindiket.

"Sindiket dipercayai beroperasi selama setahun. Transaksi bayaran yang dilakukan pelanggan adalah melalui tunai atau secara dalam talian sebelum 'outcall girl' diserahkan kepada pelanggan.

"Semua warganegara asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor.

"Manakala seorang lelaki warganegara Malaysia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan 2 orang lelaki warganegara Malaysia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Katanya, lima lelaki warganegara Malaysia diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

"JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2024 @ 12:00 PM