GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad


Johor Bahru : Polis sedang mengesan suspek curi duit tabung surau di Ulu Tiram di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang.

Katanya, pihaknya mengetahui kejadian berkenaan selepas mengesan video kejadian tular dalam media sosial.

"Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu tular video berkenaan yang berdurasi 1 minit lapan saat di media sosial Facebook yang memaparkan seorang lelaki kelihatan masuk dalam surau berkenaan.

Suspek berkenaan dilihat mundar-mandir dalam surau tersebut melihat persekitaran, sebelum mencuri wang daripada tabung surau berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2024 @ 10:36 AM