Gambar hiasan
Gambar hiasan
Suhanna Iskandar


Kuala Lumpur: Sejumlah RM1.9 bilion kerugian membabitkan jenayah komersil direkodkan sepanjang Januari hingga 26 November tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dari 20 hingga 26 November sebanyak 828 kertas siasatan dibuka dengan 692 atau 83.6 peratus daripadanya berkaitan kes penipuan secara atas talian.

Katanya, daripada jumlah itu, Jenayah Telekomunikasi mencatat jumlah paling banyak iaitu 224 kes.

"Siasatan mendapati, 224 kes membabitkan Jenayah Telekomunikasi manakala Jenayah e-Kewangan (36), Love Scam (13), Jenayah e-Dagang (197), Pinjaman Tidak Wujud (94) dan 128 kes Pelaburan Tidak Wujud sebanyak 128 kes.

"Namun, sebanyak 823 kertas siasatan dibuka tahun ini berbanding tahun lalu yang mencatatkan 36,823 kertas siasatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ramli berkata, peningkatan itu merangkumi kes pecah amanah jenayah oleh peguam, kes penipuan pakej umrah, sindiket penipuan pelaburan, perjudian dan tawaran kerja dalam talian.

Peningkatan signifikan ini mendorong jumlah keseluruhan kertas siasatan bagi tempoh 1 Januari hingga 26 November 2023 kepada 37,651 kertas siasatan.

"JSJK menggariskan keperluan kesedaran awam yang lebih tinggi dalam keselamatan dalam talian.

"Penambahbaikan tindakan dalam mencegah penyalahgunaan teknologi bagi melindungi pengguna dari penipuan dalam talian patut diutamakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2023 @ 1:38 PM