Nadia Shahrul Annuar
Nadia Shahrul Annuar
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis sedang mengenalpati dua suspek yang terbabit dalam kejadian samun pengacara, Nadia Annuar di Jalan Imbi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa pada jam 8.30 malam.

"Kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan di mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Polis kini sedang mengenal pasti suspek yang terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Nadia dilaporkan trauma selepas menjadi mangsa samun dua lelaki bermotosikal ketika dia berhenti di lampu isyarat berhampiran Jalan Imbi.

Nadia atau nama lengkapnya Nadia Shahrul Annuar 39, dilaporkan berkata, dua penyamun itu bertindak memecahkan tingkap cermin tempat duduk bahagian hadapan penumpang dan melarikan beg tangan yang diletakkan di atas tempat duduk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2023 @ 7:59 PM