ALIFF Aziz.
ALIFF Aziz.

Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah Liyana berharap kontroversi membabitkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dapat menemui titik noktah berikutan situasi yang sudah tidak terkawal ketika ini.

Puteri Sarah berkata, keadaan yang berlaku itu amat membimbangkan dan semakin huru-hara.

"Pada pandangan saya, benda ini (kontroversi) dah jadi dan sudah kecoh. Jadi, sudah tiba masanya untuk 'wrap it up' (tamatkan).

"Kalau tidak makin tak tenang netizen dan kita. Dah huru-hara dan makin banyak karakter," katanya dalam wawancara sebuah program televisyen.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berbangga dengan isteri Aliff yang juga pelakon Bella Astillah kerana kuat menghadapi ujian yang berlaku.

"Apa yang saya nampak Bella dah 'move on'. Teruskan apa yang dia buat, terus terbang tinggi. Semua yang ada ini dah cukup bagus.

"Kita kena jaga kesihatan mental dan sebagai ibu kepada dua orang anak, kita tak boleh tertekan. Anak-anak kita bergantung kepada kita. Kita kena kuat untuk anak-anak kita," katanya.

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan berita tangkapan khalwat membabitkan Aliff dengan pelakon, Ruhainies.

Ketika peminat masih tertanya-tanya pengakhiran kes itu selain permohonan cerai Bella, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mendakwa dia adalah kekasih gelap Aliff, .

Kisah kecurangan Aliff semakin panas apabila Sarah mendakwa Aliff dan Ruhainies bercinta bersandarkan bukti daripada WhatsApp antara mereka.

Menambahkan kekecohan apabila satu persatu pendedahan membabitkan artis lain, malah Sarah juga memetik nama Caprice, Emma Maembong, Meerqeen dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2024 @ 2:49 PM