NADIA BRIAN
NADIA BRIAN
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: "Saya sudah tawar hati dengannya. Banyak juga kerenah Muizz yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya. Saya harap di mahkamah nanti Muizz akan terus melafazkan cerai," kata pelakon Nadia Brian mengenai isu pergolakan rumah tangga dengan suaminya, Muizz Nasruddin.

Nadia ketika dihubungi berkata, dia berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat.

"Saya harap semua ini dapat diselesaikan cepat supaya masing-masing boleh teruskan kehidupan. Tak nak simpan perasaan dendam yang tak habis," katanya.

Dalam pada itu, Nadia turut menafikan sekeras-kerasnya dia curang terhadap suaminya sepanjang perkahwinan mereka.

"Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz," katanya yang memohon maaf tidak dapat menjawab panggilan atas urusan yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.

Nadia berkata, Muizz memang sudah failkan perceraian di mahkamah dan mereka kini sedang menunggu tarikh untuk ke mahkamah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Muizz sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 2 Oktober lalu selepas mendakwa melihat Nadia curang di depan matanya.

Muizz berkata, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 3:15 PM