Wan Mustafa dijatuhi hukuman penjara 30 hari di Mahkamah Majistret kerana mencuri setandan pisang. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Wan Mustafa dijatuhi hukuman penjara 30 hari di Mahkamah Majistret kerana mencuri setandan pisang. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 30 hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri setandan pisang.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas Wan Mustafa Wan Ab Rahman, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri setandan pisang milik seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Beladau Kolam, Manir di sini, jam 6.50 petang pada 29 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 29 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2024 @ 2:19 PM