BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRK Kemaman, di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pemilihan Raja Mohamed Affandi, 66, selepas mendapat persetujuan daripada seluruh peringkat kepimpinan UMNO dan BN, untuk memberi peluang kepada calon langsung itu bagi merebut semula kerusi Parlimen berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini, manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 November dan 28 November.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2023 @ 1:54 PM