PPS MANGSA BANJIR
PPS MANGSA BANJIR
Muhamad Lokman Khairi


Teluk Intan: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 150 orang daripada 48 keluarga berbanding 50 mangsa membabitkan daerah Hilir Perak, pagi tadi.

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, kesemua mangsa yang terjejas ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak, di sini yang dibuka sejak 7 malam, semalam.

"Buat masa ini, terdapat tiga kawasan sekitar Changkat Jong yang terjejas iaitu Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik dan Batu 9 Simpang Tiga.

"Mangsa terpaksa dipindahkan kerana limpahan air Sungai Bidor akibat hujan lebat berterusan semalam.

"Setakat ini, hanya daerah Hilir Perak sahaja yang merekodkan pembukaan PPS di negeri ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2023 @ 3:49 PM