Ebit Lew bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader. FOTO Ihsan Facebook Ebit Lew
Ebit Lew bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader. FOTO Ihsan Facebook Ebit Lew
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew yang terpalit kontroversi berhubung dakwaan gangguan seksual memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan wanita Indonesia, Mondy.

Ebit Lew menerusi hantaran di laman sosial memberitahu, tindakan itu diambil menerusi peguam yang dilantik, Datuk Akberdin Abdul Kader.

"Peguam saya, Datuk Akberdin sudah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi," tulisnya di Facebook.

Terdahulu, tular di laman sosial satu rakaman video temubual dikendalikan Caprice bersama Mondy yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.

Susulan pendedahan itu, Ebit Lew tampil membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor berhubung fitnah dilemparkan terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat pada 18 September lalu, sebaik Ebit Lew pulang dari Jeddah, Arab Saudi dan dia sudah dipanggil polis untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar dalam satu kenyataan berkata, polis sudah merakam percakapan Caprice dan Mondy bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 September 2023 @ 9:35 PM