BAS yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan berhampiran susur jejambat menghala ke Shah Alam. FOTO Ihsan Polis
BAS yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan berhampiran susur jejambat menghala ke Shah Alam. FOTO Ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah bas di Lebuhraya Persekutuan berhampiran susur jejambat menghala ke Shah Alam, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 8.31 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 7.08 malam apabila mangsa berusia 22 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah bas di laluan bersebelahan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal dinasihatkan supaya menggunakan lorong motosikal bagi mengurangkan risiko kemalangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2023 @ 4:12 PM