GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Petaling Jaya: Lelaki disyaki memukul bapa kandungnya sendiri menggunakan penyodok pasir sehingga mati akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata,suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kes membabitkan suspek seorang lelaki tempatan membunuh ayahnya akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya jam 9 pagi esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, mayat seorang warga emas ditemukan dengan berbalut langsir dipercayai maut akibat dibelasah anak kandung sendiri di kediaman mangsa, sekitar PJS10, di sini, 27 Ogos lalu.

Suspek ketika itu dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak memukul bapanya sehingga mati lebih kurang 12 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2023 @ 5:20 PM