Ahmad Terrirudin Mohd Salleh
Ahmad Terrirudin Mohd Salleh
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa Rabu ini.

Pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Ahmad Terrirudin yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Idrus Harun atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Idrus menerima lantikan semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2023 @ 2:46 PM