GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


Serdang: Puluhan buruh binaan hilang tempat tinggal selepas 12 rumah kongsi didiami mereka musnah dalam kebakaran di Bandar Putra Permai di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan kejadian 2.25 petang.

Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dengan bantuan jentera dari Cyberjaya serta Puchong dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran membabitkan 12 unit kontena yang dijadikan rumah kongsi pekerja pembinaan terbakar.

"Operasi pemadaman kebakaran membabitkan kekuatan 26 pegawai dan anggota," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 2.46 petang dan kemusnahan kebakaran dianggarkan 90 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 4:56 PM