KEBAKARAN kilang di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh. FOTO Eizairi Shamsudin
KEBAKARAN kilang di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh. FOTO Eizairi Shamsudin
Raja Noraina Raja Rahim


PASUKAN bomba dan penyelamat masih bertungkus-lumus memadam kebakaran sebuah kilang di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh.

Kilang yang menghasilkan tilam itu berkeluasan 100x100 kaki persegi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada 4.29 petang dan enam jentera dikerah ke lokasi.

"Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Damansara, Selayang, Pelabuhan Klang, Sungai Pinang dan Taman Tun Dr Ismail.

"Seramai 29 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi pemadaman," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sehingga 7 malam kerja pemadaman masih dilaksana dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berita berkaitan:

  • Kilang terbakar, usaha pemadaman giat dilaksana
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2020 @ 8:53 PM