Yang di-Pertuan Agong dan  Raja Permaisuri Agong. FOTO Ihsan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. FOTO Ihsan Istana Negara
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Salam Maal Hijrah sempena 1 Muharram 1445 Hijrah esok.

Turut menitipkan ucapan Salam Maal Hijrah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Poster Salam Maal Hijrah Seri Paduka berdua dikongsi di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) esok dengan tema Perpaduan Teras Malaysia Madani.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2023 @ 11:11 PM