GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pemilik syarikat serta ejen pelupusan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah ditahan hari ini.

Menurut sumber, Sheikh Biman Sheikh Ahmad , 43, yang dicari bagi membantu siasatan selepas melarikan diri ditahan hari ini.

"Lelaki itu ditahan selepas hadir menyerah diri di pejabat SPRM Selangor.

"Siasatan mendapati dia yang juga pemilik syarikat turut menjadi ejen pelupusan sisik tenggiling itu," katanya.

Katanya, buat masa ini SPRM sedang giat memperoleh maklumat dalam siasatan berhubung dakwaan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa yang dipercayai turut menyogok penguat kuasa serta terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

Hairan Metro semalam melaporkan, SPRM sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan iaitu Sheikh Biman Sheikh Ahmad , 43, yang mempunyai alamat terakhir di No 53, Jalan Sama Gagah 15, Taman Telok Gedong Indah, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AML) SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan lelaki itu.

Dalam operasi sebelum itu, tujuh orang ditahan dan empat daripadanya direman sementara tiga lagi warga asing diserahkan ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2023 @ 4:58 PM