Penduduk Palestin dilaporkan meninggalkan Rafah susulan serangan Israel. FOTO Reuters.
Penduduk Palestin dilaporkan meninggalkan Rafah susulan serangan Israel. FOTO Reuters.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah sejak operasi ketenteraan yang dipertingkatkan 6 Mei lalu.

Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter pada Khamis, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.

"Sejak tentera Israel meningkatkan operasinya pada 6 Mei, kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah mencari tempat selamat.

Penderitaan dialami keluarga-keluarga ini tidak tertanggung. Tiada tempat yang selamat. Kita perlukan gencatan senjata," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2024 @ 5:42 PM