Rosli Ilham


Kemaman: Dua mangsa yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air di kawasan perkelahan di Kampung Air Puteh, di sini, hari ini adalah ibu dan anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikenali sebagai Azizah Eiyi, 40, dan anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 tahun.

"Identiti kedua-dua mangsa dikenal pasti selepas pengecaman yang dilakukan keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Kemaman, malam ini," katanya.

Mayat Azizah ditemui terapung oleh orang ramai jam 12.45 tengah hari dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer dari tempat kejadian.

Sementara mayat Muhammad Zulqarnain ditemui pada jam 5 petang tersangkut pada dahan pokok kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2023 @ 9:08 PM