Rosli Ilham

Kemaman : Kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Puteh, kelmarin, dipercayai berlaku dengan pantas sehingga menyebabkan mangsa gagal menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya percaya paras air yang naik mendadak di antara lima hingga 10 meter.

"Kita percaya kepala air itu berlaku sangat kuat berdasarkan keadaan kereta mangsa yang dipenuhi air dan lumpur serta keadaan cermin depan kenderaan yang pecah.

"Mungkin ketika kejadian itu kesemua mangsa masih mandi sehingga kesemua mangsa gagal menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan arus," katanya.

Hanyan berkata, pihaknya percaya kejadian itu berlaku antara 5 hingga 6 petang.

ANTARA barangan mangsa serta kenderaan yang ditemui dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih dibawa ke Pusat Kawalan Operasi, Balai Polis Air Putih. FOTO Ghazali Kori
ANTARA barangan mangsa serta kenderaan yang ditemui dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih dibawa ke Pusat Kawalan Operasi, Balai Polis Air Putih. FOTO Ghazali Kori

Berita berkaitan:

Laporan awal akan siap dalam masa terdekat

Suami Kak Endut baru sebulan bekerja

SAR disambung pagi ini

Polis umum identiti 8 mangsa masih hilang

Operasi SAR dihenti lebih awal dikhuatiri kepala air berulang - Bomba

Mangsa lemas adalah ibu dan anak

Polis sedang kenal pasti keluarga mangsa tragedi kepala air

Dua ditemukan lemas, 8 masih hilang dalam tragedi kepala air

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2023 @ 12:24 PM