KEADAAN kereta dipandu seorang wanita yang terbabas ke dalam longkang berhampiran Plaza Tol Gombak. FOTO Ihsan JBPM
KEADAAN kereta dipandu seorang wanita yang terbabas ke dalam longkang berhampiran Plaza Tol Gombak. FOTO Ihsan JBPM
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Gombak: Seorang wanita tempatan maut selepas kereta Toyota Vios dipandunya terbabas ke dalam longkang berhampiran Plaza Tol Gombak, di Lebuhraya Karak di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 8.37 pagi.

"Kemalangan berlaku berhampiran Kampung Sungai Chinchin di mana sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas ke dalam longkang.

"Pemandu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 2:05 PM