- Foto hiasan
- Foto hiasan
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki cedera di kepala selepas terjatuh ke dalam longkang setinggi 4.57 meter berhampiran Aparment River Dale, Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan jam 8.34 malam tadi.

"Komander Operasi melaporkan kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki tempatan berusia 6 tahun terjatuh ke dalam longkang.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan ke pasukan perubatan bagi menerima rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 12:43 AM