KESAN runtuhan bumbung  Dewan Besar IKIM. FOTO Bernama
KESAN runtuhan bumbung Dewan Besar IKIM. FOTO Bernama
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Pihak bomba melakukan pemantauan di lokasi runtuhan bumbung di dewan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Duta, di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul S Thirugaya berkata, 10 anggota ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan keselamatan kakitangan IKIM yang bertugas pada hari ini.

"Ketika ini, keadaan adalah terkawal dan kakitangan IKIM sedang memindahkan beberapa barangan yang tidak terjejas di tempat selamat.

"Sepanjang tempoh memindahkan barangan ini, kita akan bantu mereka memantau struktur bangunan sekitar lokasi terjejas supaya tiada runtuhan lain berlaku," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan enam wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun cedera selepas bumbung dewan IKIM Jalan Duta, di sini, runtuh.

Berita berkaitan:

Bumbung dewan IKIM runtuh, 6 wanita cedera

Pengarah Ikim diarah beri kerjasama kepada pihak berkuasa

KESAN runtuhan bumbung  Dewan Besar IKIM. FOTO Bernama
KESAN runtuhan bumbung Dewan Besar IKIM. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 2:43 PM