Amirul Aiman Hamsuddin


Sungai Besar: Seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini dan dijangka pertuduhan membunuh kekasihnya.

Suspek yang berbaju kuning hadir pada 8.55 pagi dengan diiringi polis menaiki kereta.

Terdahulu, media melaporkan mayat mangsa berusia 21 tahun yang hamil empat bulan ditemukan dalam keadaan terbakar di belukar kebun sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar.

Suspek dipercayai menjalankan jenayah itu berseorangan dan motif pembunuhan disebabkan mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa.

Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih dan menjalin hubungan selama setahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 10:19 AM