RUMAH yang terbakar. FOTO Muhammad Saufi Hassan
RUMAH yang terbakar. FOTO Muhammad Saufi Hassan
Muhammad Saufi Hassan dan Siraj Mohd Zaini

Sungai Besar: Rumah bilal terbakar hampir 70 peratus di Jalan Haji Harun, Sg Limau, kira-kira 9 malam tadi.

Difahamkan mangsa, bilal I Masjid Hashimiah Sungai Limau, Musolli Resab, 63, dan isterinya, Juminah Rusdi, 60-an, berada di masjid ketika kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Besar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 9 malam sebelum mengerahkan sepasukan sembilan anggota ke lokasi kebakaran.

"Operasi memadamkan kebakaran turut dibantu sepasukan lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam.

"Sehingga kini operasi memadamkan kebakaran sedang giat dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 11:28 PM