HARIMAU kumbang yang mati selepas dilanggar kenderaan di KM 19 Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Bukit Tangga, hari ini.
HARIMAU kumbang yang mati selepas dilanggar kenderaan di KM 19 Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Bukit Tangga, hari ini.
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Harimau kumbang mati dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 19 Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Bukit Tangga di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, kejadian dilapor berlaku pada 2 petang ketika MPV dipandu lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Klawang.

"Ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit, tiba-tiba seekor harimau kumbang melintas dari arah kanan jalan, menyebabkan pemandu MPV membrek (mengejut) namun tetap terlanggar haiwan itu," katanya dalam kenyataan.

Maslan berkata, harimau kumbang disahkan mati oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) manakala pemandu dan ahli keluarganya tidak mengalami kecederaan.

Katanya, bangkai harimau kumbang itu kemudian diuruskan pihak Perhilitan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 9:58 PM