Empat lelaki ditahan terbabit pergaduhan di kedai makan. FOTO IHSAN POLIS
Empat lelaki ditahan terbabit pergaduhan di kedai makan. FOTO IHSAN POLIS
Oleh Omar Ahmad


Kulai: Polis menahan empat lelaki warga kerana dipercayai terbabit dalam pergaduhan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Kiambang 12 Indahpura di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun pada jam 3 pagi.

Katanya, pengadu mendakwa ketika dia bersama empat rakannya sedang minum didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba menampar bahagian muka rakannya itu.

"Pengadu melaporkan kemudian datang dua kereta dinaiki 11 individu termasuk seorang wanita bertindak memukul rakan-rakannya itu menyebabkan mereka cedera di kepala, tangan dan kaki.

"Bertindak atas maklumat yang diberi, dalam tempoh 24 jam kira-kira 11.20 malam tadi polis menahan empat lelaki berusia 24 hingga 28 yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu menerusi satu serbuan di sebuah kedai makan di Jalan Iris 8," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelas Beng Yeow, hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan kerana mabuk dan perselisihan faham dan semua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.

"Semua suspek direman empat hari hingga Ahad depan," katanya disiasat mengikut 147 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2023 @ 1:37 PM