PASUKAN menyelamat mengusung mayat mangsa sebelum diserahkan kepada PDRM. FOTO Erika George
PASUKAN menyelamat mengusung mayat mangsa sebelum diserahkan kepada PDRM. FOTO Erika George
Erika George


Miri: Remaja lelaki yang dibawa arus deras semasa mandi-manda bersama tiga rakannya di pantai Kampung Gatas Bekenu, di sini, petang semalam, ditemukan lemas pada jarak 20 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat ditemukan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi pencarian pada jam 9 pagi tadi.

"Mayat diserahkan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dengan penemuan itu, SAR hari kedua ini ditamatkan pada jam 10 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, mangsa, Shahrizan Amani Sepawi, 17, dikatakan mandi-manda bersama tiga rakannya di pantai berkenaan.

Mangsa bersama seorang rakan tiba-tiba dihanyutkan arus deras laut sebelum rakannya diselamatkan penduduk kampung.

Dua lagi rakan mangsa turut berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 12:07 PM