GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Erika George


Betong: Seorang remaja lemas manakala rakannya hilang selepas dihanyut arus deras ketika mandi-manda di Sungai Lubau Ulu Layar di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Norman Syakimie Suria Ariffin, 16, ditemui pasukan penyelamat pada 4.45 petang berhampiran lokasi terakhir dia dilihat.

Katanya, pemeriksaan petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Betong mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa, Afiq Aiman Mohd Adress, 17, diteruskan dalam radius 10 meter.

"Mangsa dipercayai masih terperangkap di kawasan lubuk sungai terbabit," katanya.

Terdahulu, SAR yang turut membabitkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam (APM) serta agensi lain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2024 @ 8:32 PM