Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Nur Izzati Mohamad


Butterworth: Keberkesanan operasi pembenihan awan gelombang pertama di Pulau Pinang yang berakhir semalam, akan diketahui dalam beberapa hari lagi.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, meskipun hujan kebelakangan ini, kawasan tadahan air masih berisiko dan perlu dilaksana pembenihan awan.

Katanya, pihaknya menunggu hasil operasi tiga hari itu dan mempertimbangkan sama ada perlu melaksana pembenihan awan gelombang kedua.

"Hal ini (pembenihan awan) kita akan dapat tahu hasilnya dalam masa beberapa hari lagi.

"Pulau Pinang memang sentiasa hujan sejak kebelakangan ini tetapi kita nak pastikan hujan juga turun di kawasan tadahan air," katanya.

Selasa lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksana Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang dan Empangan Teluk Air Itam, Pulau Pinang.

Operasi dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Kapasiti efektif Empangan Teluk Air Itam pada 82.5 peratus dan Teluk Bahang (64 peratus), awal tahun ini menyusut kepada 41.5 peratus, manakala Teluk Bahang 48.7 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 2:47 PM