Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) menyaksikan Jauteh (kiri) menyerahkan dokumen serah terima tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah kepada Shahurinain (kanan). FOTO JUWAN RIDUAN
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) menyaksikan Jauteh (kiri) menyerahkan dokumen serah terima tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah kepada Shahurinain (kanan). FOTO JUWAN RIDUAN
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Datuk Jauteh Dikun, 57, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bersara pada 31 Mac lalu.

Pelantikan itu dibuat dalam Majlis Pemakaian Pangkat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Jauteh sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dilantik sebagai Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah.

Turut berlangsung, Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah antara Jauteh kepada bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Komisioner Shahurinain Jais.

Acryl Sani berkata, pelantikan Jauteh amat bertepatan bagi memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman di negeri ini terus terpelihara.

Katanya, Sabah adalah negeri yang penuh dengan daya tarikan pelancong bukan sahaja dari dalam malah luar negara.

"Sebagai salah satu destinasi pelancongan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sangat menitikberatkan tahap keselamatan sama ada dari segi ancaman jenayah mahupun aktiviti yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.

"Kehadiran Jauteh juga diyakini mampu memastikan tahap keselamatan Sabah kekal terpelihara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 2:14 PM