Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Togi Marzuki


Pontian: Selepas pencarian selama 16 jam, mayat seorang mangsa lemas akhirnya ditemui di perairan Kukup di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mayat seorang lelaki berusia 36 tahun dijumpai 4.4 batu nautika di perairan Pulau Kukup.

Katanya, difahamkan kira-kira jam 7.30 malam semalam, mangsa turun ke laut seorang diri melalui Jeti Nelayan Ayer Masin, Kukup untuk menangkap ikan.

"Operasi dan Penyelamat (SAR) dari pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Bagaimanapun mayat mangsa dijumpai terapung nelayan lain yang melalui lokasi berkenaan, " katanya.

Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Pontian untuk bedah siasat selepas selesai pengecaman oleh ahli keluarganya, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2023 @ 5:37 PM