Laporan terdahulu
Laporan terdahulu
Mohamad Fahd Rahmat


Mersing: Wanita yang dihanyutkan arus banjir ketika memandu di Jalan Nitar Utama, di sini pagi tadi ditemui terperangkap dalam keretanya.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata, mangsa dikenali Tansharon, 24, ditemukan pada 10.19 malam selepas Perodua Myvi itu dinaikkan.

"Kereta mangsa ditemui pada 6.55 petang, kira-kira 15 meter dari lokasi asal hanyut dan ia ditarik keluar menggunakan peralatan VRS.

"Sebaik kereta dinaikkan, kita menjumpai mangsa dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Abdul Muiz berkata, kereta mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam keadaan terbalik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2023 @ 12:24 AM