ANGGOTA bomba mencari wanita yang dipercayai hilang dibawa arus banjir di Jalan Nitar Utama, Mersing. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mencari wanita yang dipercayai hilang dibawa arus banjir di Jalan Nitar Utama, Mersing. FOTO ihsan Bomba
Mohamad Fahd Rahmat


Mersing: Wanita yang juga pemandu Perodua Myvi dipercayai hilang dibawa arus banjir di Jalan Nitar Utama di sini, 6.49 pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, mangsa, 23, dipercayai terperangkap dalam kenderaannya itu.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati tiada tanda-tanda mangsa berada di lokasi.

"PKO bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan Felda Nitar 1 dan Felda Nitar 2.

"Kerja-kerja pencarian diteruskan di lokasi Felda Nitar 2 di mana mangsa dipercayai terbabas ke tebing jalan.

"Paras air di atas jalan raya kira-kira 1.2 meter," katanya ketika dihubungi.

Katanya, lapan anggota dari BBP Mersing dan tiga anggota BBP Endau bersama lima jentera termasuk bot terbabit dalam operasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2023 @ 4:26 PM