Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merestui Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

"Ya, saya merestui beliau. Beliau adalah Ketua Menteri," katanya ketika ditanya sama ada beliau merestui pentadbiran Hajiji selepas pertemuan di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Hajiji dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah yang menyokong Hajiji.

Anwar berkata, beliau berterima kasih kepada Hajiji dan semua pihak kerana mendengar semua pandangan berhubung usaha menyelesaikan kemelut politik di Sabah.

"Kita mahu kerajaan Sabah yang kuat di bawah kepemimpinan Hajiji.

"Esok (hari ini) satu rang undang-undang (RUU) penting untuk mengembalikan hak Sabah melalui pembentangan menteri Kabinet (persidangan Dewan Undangan Negeri).

"Ini satu perubahan yang besar. Bagi saya ini adalah keutamaan, beri peluang kepada Ketua Menteri untuk bincang dan mencari satu formula terbaik untuk kebaikan Sabah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2023 @ 8:30 AM