GAMBAR hiasan. Bas sekolah di Johor Bahru ketika tinjauan semalam. FOTO Nur Aisyah Mazalan
GAMBAR hiasan. Bas sekolah di Johor Bahru ketika tinjauan semalam. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Essa Abu Yamin


Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan mengadakan perbincangan dengan persatuan pengusaha bas, esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan perkara berkenaan susulan isu cadangan pengusaha bas sekolah menaikkan harga tambang bas bermula 3 Januari 2023.

"Pada hari esok pihak APAD akan mengadakan perbincangan dengan persatuan pengusaha bas sekolah," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat dilaporkan berkata kadar tambang bas sekolah berkemungkinan naik mulai sesi persekolahan Januari ini.

Amali Munif dipetik berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan kos operasi yang meningkat disebabkan harga alat ganti yang tinggi, kenaikan gaji pemandu dan persaingan daripada pengusaha tidak berlesen.

Beliau berkata, pihak persatuan tidak menafikan kemungkinan ada kenaikan harga daripada segi kadar tambang bas sekolah sebagaimana pihaknya telah dimaklumkan tambang berkenaan adalah diletakkan pada harga pasaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2023 @ 4:49 PM