PEMANDANGAN udara keadaan jambatan Sungai Manir semalam. FOTO GHAZALI KORI
PEMANDANGAN udara keadaan jambatan Sungai Manir semalam. FOTO GHAZALI KORI
Faizul Azlan Razak

TIMUR: 4 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

[email protected]

Kuala Terengganu: Sebanyak empat sungai di Terengganu mencatatkan bacaan paras air melepasi paras bahaya.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat jam 3.45 petang ini merekodkan tiga sungai melepasi paras amaran manakala dua sungai paras waspada.

Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun melepasi paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 13.3 meter (m).

Di Hulu Terengganu iaitu di Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan bacaan paras bahaya iaitu 19.91 m.

Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman di Kemaman juga mencatatkan bacaan paras bahaya iaitu 4.8 m.

Satu lagi sungai yang mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya ialah Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus iaitu 4.59 m.

Tiga sungai yang mencatatkan paras amaran ialah Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu iaitu 24.13 m; Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu iaitu 13.19 m manakala Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu iaitu 20.87 m.

Selain itu juga, dua sungai lagi berada paras waspada iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu dengan bacaan 7.79 m dan Sungai Terengganu di Muzium Negeri, Kuala Terengganu mencatatkan bacaan 1.97 m.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 5:44 PM