TANJUNG MALIM 13 DISEMBER 2022.Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff.NSTP / Ihsan UPSI.
TANJUNG MALIM 13 DISEMBER 2022.Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff.NSTP / Ihsan UPSI.
Rosman Shamsudin


Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meningkat pada kedudukan ke-132 dunia tahun ini berbanding kedudukan ke-176 pada 2021 dalam penarafan Ranking Universiti Dunia UI-Greenmetric (UIGM World University Ranking).

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UIGM World University Ranking dikelola oleh Universiti Indonesia bertujuan menilai usaha kelestarian kampus melalui enam tunjang utama.

Katanya, enam tunjang utama membabitkan 'Setting and Infrastructure' , 'Waste', 'Water', Energy', 'Education and Research', dan 'Transportation' untuk memperkasa universiti iaitu selaras dengan objektif pembangunan mampan (SDG) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Penarafan ini sekali gus menjadi penanda aras dalam meningkatkan kelestarian kampus selain memberi nilai tambah dan keunikan dari aspek pengurusan alam sekitar.

"Berada di kedudukan yang cemerlang di dalam penarafan UI-Greenmetric adalah salah satu usaha UPSI dalam menjadikan UPSI sebagai peneraju kepada Pendidikan lestari untuk negara.

"Kejayaan UPSI menunjukkan komitmen berterusan terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar menerusi kepelbagaian program kelestarian kampus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Md Amin berkata seiring dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) yang diperkenalkan (PBB, UPSI menyusun strategi selaras dengan Pelan Strategik UPSI 2021-2025.

"Task force' kelestarian UPSI yang dikendalikan Jawatankuasa Kelestarian Universiti merentas fakulti dan pakar pelbagai disiplin adalah antara pemacu utama universiti untuk mencapai usaha ini.

"UPSI mahu menjadi pemacu kepada kelestarian pendidikan selaras dengan tunjang utama UPSI sebagai penyedia program pendidikan kepada negara dan antarabangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2022 @ 10:23 PM