PASUKAN MAKSWIP bergelar juara Kejohanan Futsal Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) selepas menumpaskan wakil dari Sabah 1-0. FOTO MAKSWIP
PASUKAN MAKSWIP bergelar juara Kejohanan Futsal Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) selepas menumpaskan wakil dari Sabah 1-0. FOTO MAKSWIP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) memastikan gelaran juara milik mereka selepas menumpaskan wakil dari Sabah dalam Kejohanan Futsal Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia 2024, semalam.

Kejohanan yang berlangsung di Sport City Indahpura, Kulai, Johor turut menamatkan penantian MAKSWIP untuk bergelar juara dengan keputusan 1-0.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Jaciah Jumilis sekali gus memastikan piala kejohanan menjadi milik pasukan yang dibimbing Mohamad Taufik Yaiyah.

Lebih manis lagi, Jaciah dinobatkan sebagai pemain wanita terbaik manakala penjaga gol terbaik wanita oleh Noorasyeimah ohd Rashid serta jaringan terbanyak dan pemain harapan wanita dianugerahkan kepada Nurul Nadia Roslan yang semuanya beraksi untuk MAKSWIP.

Pengurus Futsal Wanita MAKSWIP, Siti Maryam i Anuar berkata, untuk tahun ini, pasukannya lebih bersedia untuk membawa cabaran selepas menduduki tempat ketiga pada Sukan MAKSAK tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 11:55 PM