KEJADIAN angin kencang dan ribut menyebabkan bumbung rumah di Kampung Teluk Wang Kechil diterbangkan angin. FOTO Ihsan APM
KEJADIAN angin kencang dan ribut menyebabkan bumbung rumah di Kampung Teluk Wang Kechil diterbangkan angin. FOTO Ihsan APM
Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: Hujan lebat beserta angin kencang yang melanda daerah ini hari ini menyebabkan 14 rumah di tujuh kampung terjejas dan mengalami kerosakan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, rumah yang terjejas adalah masing-masing satu dari Kampung Kuala Dahanan di Jeniang dan Kampung Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang di Mukim Gurun serta Kampung Sri Gading (4 rumah).

Beliau berkata, turut terjejas, sebuah rumah di Kampung Berapit di Mukim Petula dan dua rumah di Mukim Sungai Pasir iaitu Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil serta tiga rumah di Kampung Bukit (tiga) manakala Kampung Masjid (dua rumah).

"Bagaimanapun jumlah mangsa yang terbabit dalam kejadian ini masih dalam bancian.

"Kejadian angin kencang, hujan lebat dan pokok tumbang ini berlaku pada jam 5.30 petang sehingga menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa.

"Setakat ini pihak kami sedang mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terbabit dan perlu berpindah sekiranya diarahkan," katanya.

Azhar berkata, kejadian ribut turut menyebabkan banyak pokok tumbang di daerah berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini antara agensi yang terbabit dalam kejadian itu adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan (PDRM) PDRM serta penghulu kampung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 11:36 PM