Dr Zulkafperi (tengah) diraikan penyokong selepas pengumuman kerusi Parlimen Tanjong Karang di Dewan Dato Hormat, malam ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Dr Zulkafperi (tengah) diraikan penyokong selepas pengumuman kerusi Parlimen Tanjong Karang di Dewan Dato Hormat, malam ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Calon Perikatan Nasional (PN), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi memenangi kerusi Parlimen Tanjong Karang selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Habibah Mohd Yusof dan tiga calon lain dengan majoriti 2,180 undi.

Habibah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang meraih 15,874 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Siti Rahayu Bahari mendapat 12,314 undi.

Dua lagi calon iaitu Azlan Sani Zawawi daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memperoleh 3,557 undi dan calon Bebas, Mohd Rosni Mastol meraih 1,406 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tanjong Karang, Mohd Raiz Radzuan di Dewan Dato Hormat pada jam 10.35 malam.

Untuk rekod, pada PRU-14, kerusi Parlimen Tanjong Karang disandang oleh Tan Sri Noh Omar daripada BN dengan majoriti 1,970 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2022 @ 11:59 PM