SHAHRIZAL (tengah) melepaskan konvoi bermotosikal BN di Padang Astaka, hari ini. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin
SHAHRIZAL (tengah) melepaskan konvoi bermotosikal BN di Padang Astaka, hari ini. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Berbaki kurang 12 jam lagi sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok, Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang melakukan pecutan akhir kempen menerusi konvoi bermotosikal, hari ini.

Ketua Pemudanya, Datuk Shahrizal Sahri, berkata konvoi itu disertai lebih 2,000 jentera membabitkan semua kampung di sekitar Tanjong Karang.

"Objektif utama konvoi ini untuk membuktikan sokongan dan perpaduan jentera parti menjelang hari pengundian.

"Jelajah ini adalah acara tradisi BN yang diamalkan di kubu kuat setiap kali PRU sejak sekian lama. Ia menunjukkan jentera kita bersatu hati dan sudah bersiap sedia untuk PRU-15 kali ini," katanya pada sidang media sebelum pelepasan konvoi itu di Padang Astaka, di sini.

Menurutnya, semua akar umbi jentera parti yakin kemenangan akan berpihak kepada BN dengan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon iaitu Datuk Habibah Mohd Yusof, sekali gus mempertahankan Tanjong Karang.

Kerusi Parlimen Tanjong Karang menyaksikan pertembungan lima penjuru pada PRU-15 yang ditandingi Kapten (B) Datuk Dr Zulkapferi Hanafi (Perikatan Nasional), Siti Rahayu Baharin (Pakatan Harapan), Azlan Sani Zawawi (Gerakan Tanahair) dan calon Bebas, Mohd Rosni Mastol.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2022 @ 8:01 PM