MANGSA banjir berpindah ke PPS Surau Ittafaqiah Kampung Iboi. FOTO IHSAN APM
MANGSA banjir berpindah ke PPS Surau Ittafaqiah Kampung Iboi. FOTO IHSAN APM
Safuri Kamarudin


Baling : Seramai 42 mangsa daripada 15 keluarga di dua Kampung Mukim Kupang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Ittafaqiah , Kampung Iboi, malam ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata mangsa dari Kampung Iboi dan Padang Empang diarah berpindah selepas rumah mereka dinaiki air paras satu meter.

Menurutnya, mangsa mula berpindah jam 8 malam ini apabila hujan lebat sejak 2 petang menyebabkan air Sungai Kupang melimpah dengan cepat.

"Kami menerima panggilan jam 6 petang berlaku bencana banjir di dua kampung itu.

"Jambatan Bailey turut dinaiki air paras lantai dan penduduk terpaksa menggunakan alternatif jalan lain untuk ke Kampung Bukit Iboi," katanya.

Menurutnya, penduduk yang terbabit diarah berpindah kerana keadaan tidak selamat dan masih hujan.

"Hasil pemantauan APM di kampung itu mendapati air semakin naik dengan keadaan gelap dan bimbang mangsa terperangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 12:39 AM